16 July 2018

Aku, Menulis dan Malas

5
Monday, July 16, 2018
Sudah 2018- 2015 last update blog.
Aku tahu, sudah tiga tahun aku berhenti menulis dalam blog ni. Aku dah rasa macam nak give up menulis dalam blog. Korang pun tahu kan, medium lain macam facebook, twitter dengan instagram tu banyak memudahkan kita menulis sesuatu. Blog ni cuma satu medium kuno untuk menyampaikan apa yang kau rasa.

Aku akur dengan zaman. Ini zaman media baru. Segala-galanya nak cepat. Apa saja yang rasa nak diluahkan, terus sahaja ditulis di media sosial. Blog ni tinggal kenangan.



Ala.. banyak pulak alasan. Kan blog ada sentuhan tersendiri. Buat apa nak bersedih. Kadang-kadang aku cuba juga pujuk hati untuk terus menulis. Entah la, aku dah rasa, tak ramai yang suka baca blog. Tulisan panjang dan mengarut macam dah tak relevent.

Betul kan apa aku cakap ni? Korang pun dah malas nak baca blog sebab nampak rumit. Orang lama, mungkin la akan baca. Tapi gen Y dah tentu lebih suka hadap tik-tok atau tumblr. emm..

Yang sebenarnya, aku malas. Zaman menulis kata nista, puji keji dalam blog dah berakhir. Sekarang semua sudah beralih ke dalam media sosial.

Tak apa lah. Nanti aku cari idea camna nak bagi blog ni mampu hidup kembali.

About the author

Nama dalam IC, Aku Khairul Amran. Irul, Itu nama yang orang panggil aku sejak Aku kecik lagi. Dah besar ni orang suka-suka je panggil Amran. Aku terima seadanya. Agaknya nama ni la yang paling emak dan abah Aku suka.

5 comments: